Friday, 12 February 2016

IBU 'BODOH'

Si IBU yang "BODOH..."


Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian
Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razakj
berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-
rakan sekelas.
Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit
gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan
semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah,
pertama kali diminta berbuat sedemikian.
Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain
yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa
masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai
doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada
yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam.
Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat
belaka!
"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya
nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya
je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya
darjah 1 lagi."
Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan
'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain,
terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi
semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya
dengan menggentel-gentel jarinya.
"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu,
macam Cikgu Yong jugak!"
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin
Bilboa itu.
"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri
rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah
menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa
mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.
"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit
Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"
Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya
yang tertawa sebentar tadi.
"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."
Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum
senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin
Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak
semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya
menahan sabar.
"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali
kenapa dia tertawa sebentar tadi?"
Cikgu Yong mengangguk.
"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah
ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh,
berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek
Naqiyudin Bilboa.
"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer.
Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar
tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi
seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau...
Heh."
Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata
Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali
baharu sahaja melanggar garisan sempadannya.
Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh
kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu
Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa
sudah menyerang balas dahulu.
"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan
kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-
siap untuk pergi sekolah.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju
sekolah aku sudah tersedia bergosok.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan
sediakan bekalan sarapan untuk aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan
teman aku pergi sekolah.
Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah
dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku
ciuman di pipi dan dahi.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas
loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di
luar pagar.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik
dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas
balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia
di dapur.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti
akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia
akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang
adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup,
pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling
membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami
bahagia!
Kau ada...??"
Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.
Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air
mata.
***
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur
malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja
besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri
dia bersederhana.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah,
ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si
anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar
asalkan anaknya sendawa kekenyangan.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan
oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan
si anak cantik bergaya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa
sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru
buat si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan
matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti
nak balik rumah, pulang lewat malam.
Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh
sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang
dah macam jembalang gunung.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan
linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan
kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah
memaknai erti doa seorang ibu.
Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati'
hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'
Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan
mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah,
syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

Thursday, 11 February 2016

CERPEN: DIA JUGA MUSLIMAH PART 1

Kedengaran bunyi derapan kaki seakan-akan meluru laju mengejutkan aku daripada mimpi yang entah mana pangkal dan hujungnya. Aku lantas bangun dan mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih lagi diberikan peluang untuk aku manusia yang pendosa ini untuk bertaubat. Aku menoleh kearah jam loceng yang masih gagah bekerja. Dalam keadaan mata yang kabur, aku mengecilkan mata dan mengagak...baru pukul 4pagi (waktu jepun)..Aku mencapai spek mata yang berada diatas meja lalu bangun untuk melihat siapa yang dah bangun diawal pagi. Lalu aku mengintai di pintu bilik...ohh rupa-rupanya Yui yang seakan berlari-lari anak untuk ke tandas kerana takut...aku seakan dah terbiasa dengan gelagatnya yang comel dan penakut...Yui yang bermaksud gadis cantik dan baik sememangnya sesuai dengan dirinya..Yui seorang gadis jepun yang berasal dari Tokyo dah setahun menjadi housemate aku...Sepanjang setahun aku belajar di Universiti Kyoto di Jepun , sebagai "transfer student" dan mengambil jurusan Sustainable Economic Development Studies, aku berasa sangat bersyukur kerana banyak pengalaman dan ilmu yang aku dapat di bumi samurai ini.
Dah alang-alang terbangun, aku terus ke bilik air untuk mengambil wudhu' lalu menunaikan solat sunat 2 rakaat...selepas selesai solat, aku terasa ada seseorang yang memerhatikan aku...Ya Allah! Yui rupanya...perlahan-lahan dia membuka pintu bilik aku dan meminta izin untuk masuk..
"ohaiyok.what do you pray at this time?It is already dawn?"tanya yui. Aku menjawab,"oh, it is not dawn yet. i'm just perform salah before dawn.It called tahajjud". yui mengangguk faham..yelah sudah setahun duduk bersama, yui seakan faham dengan adat dan cara orang Islam...Kadang-kadang aku sangat respect dengan yui..aku nampak cara dia yang sangat berminat dengan islam...yui selalu bertanyakan soalan-soalan yang dia tak faham berkaitan dengan Islam..dia juga sangat hormat dan baik dengan aku...Bagi aku yui adalah gadis jepun yang mempunyai hati yang jernih...
bersambung.....

COUPLE ITU HARAM?? Kenapa??


1) Couple Itu Haram Kerana Berlaku Zina Mata Dan Penyalahgunaan Panca Indera 
Allah telah berfirman yang bermaksud: dilarang lelaki melihat bahagian tubuh wanita melainkan wajah dan telapak tangan. Kerana bahagian lain adalah aurat. Jika bercouple, pasti akan berlaku perbuatan MENATAP bahagian dada, pinggang dan lainnya. Apatah lagi jika perempuan bercouple ini memakai baju ketat. Maka akan berlaku zina mata sepanjang pertemuan. Sangat jarang perempuan bercouple pakai tudung labuh dan berjubah. Pendek kata, kalau yang bercouple ini biasanya memang tidak menjaga aurat. Maka, HARAM pertemuan itu. 

Ini beberapa hadis yang menceritakan dosa mata : 

Nabi Bersabda “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak Adam mendapat bagian dari zina, tidak boleh tidak, zina kedua mata ialah memandang, zina lidah ialah perkataan, dan zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedang faraj (kemaluan) saja yang menentukan benar ataau tidaknya dia berbuat zina.” (Muattafaqun `Alaih) 

Dari Jarir bin Abdillah berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah mengenai “pandangan yang tiba-tiba”, maka beliau bersabda :”Palingkan pandanganmu.”(H.R. Muslim dan Abu Daud, lafadz hadits Abu Daud) 

Maksudnya jika terpandang aurat secara tiba-tiba. Maka nabi mengarahkan agar sahabat berpaling. Kerana haram MENATAP AURAT WANITA atau WANITA MENATAP AURAT LELAKI. Ini bermakna, tidak boleh menatap kecantikan seseorang yang boleh mendatangkan rangsangan nafsu dan syahwat. 

Dalam hadits lain, Rasulullah bersabda: “Jangan kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya), pandangan pertama untukmu, dan tidak untuk yang pandangan kedua.” ( H.R. Tirmidzi dan Abu Daud, Tirmidzi dan AlBani menilai hadits ini hasan.) 

Yang dimaksud dengan pandangan pertama adalah pandangan yang terlontar tanpa sengaja. Jadi, adakah mungkin orang bercouple tidak saling memandang?. Adakah mungkin orang bercouple bila bercakap tutup mata?. Sudah tentu mustahil. Bila bercinta akan saling menatap, memandang dan memerhati seluruh tubuh pasangan. Maka inilah DOSA. Ianya HARAM secara jelas. 

2) Couple Itu Haram Kerana Bersentuh Antara Lelaki Dan Perempuan 

Biasanya orang bercinta, mula-mula sahaja duduk renggang. Bila sudah selalu bertemu, syaitan akan goda “Engkau ini sudah lama kenal, apa salahnya sentuh-sentuh dan pegang tangan. Semua orang buat macam tu bila bercinta. Barulah namanya “pasangan kekasih” maka si lelaki mula buat-buat tersentuh. 

Kerana itu, Allah melarang mendekati couple sebab bila sudah selalu bersama, PASTI akan berpegang atau bersentuhan. Ingat! Menyentuh dengan sengaja adalah satu perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw: 

Maksudnya: “Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”. [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921] 

3) Couple Itu Haram Kerana Terpaksa Mendengar Suara Wanita Yang Mendayu-Dayu 

Bila bercinta, adalah pasti wanita dan lelaki akan berbicara. Dalam berbicara sudah pasti akan terselit nada mendayu dan perkataan yang lemah-lembut. Kerana itulah dinamakan percintaan. Orang bercouple tidak akan saling tengking menengking. Orang bercouple sudah pasti saling ketawa dan bersenda gurau. Jadi, apakah hukum suara wanita dalam bab bergurau, ketawa dan mendayu-dayu? 

Mengikut Imam Syafie; Suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki-lelaki yang ajnabi (asing) samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak. 

Suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada didalam batasan yang digariskan. Suara Wanita yang bernada rendah/ mendesak/ merayu/ menggoda/ lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram. HARAM bercakap dengan nada yang lembut. 

Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya. 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.” 

Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata, “Seseorang perempuan janganlah menurunkan nada bicaranya dan melembutkan ungkapannya.” 

 Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,“Menundukkan suara ialah suara yang dibenci Allah yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki.” 

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan. 

Suka diterangkan disini, perbualan ini tak terhad kepada telefon memandangkan dunia yang semakin canggih. Justeru voice chat, tele-conference, cellphones dan sebagainya termasuk dalam kategori yang sama. 

Pesanan: kalau tiada hal yang benar-benar mustahak, tak perlulah berurusan dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah dan zina dari segenap aspek. 

Orang yang mengatakan tiada nas yang melarang couple atau bercinta itu sebenarnya adalah orang-orang yang JAHIL dan FASIQ. Dia enggan mencari kebenaran, sebaliknya memberi alasan apabila ada pihak yang menasihati. 

Maka, secara jelasnya. TIADA JALAN BERCOUPLE DALAM ISLAM MELAINKAN KAHWIN SAHAJA. KAHWIN ADALAH COUPLE YANG SUCI DAN HALAL. Perkahwinan itu mempunyai banyak hikmah. >> Hikmah Perkahwinan <<. 


Ini adalah sebahagian sahaja dari hujah-hujah mengenai hukum couple. Anda boleh meneruskan pembacaan mengenai KENAPA COUPLE ITU HARAM di entri KENAPA COUPLE HARAM?. DI SINI DALIL AL-QURAN DAN NAS HADIS. 

Allah Taala berfirman, bermaksud: “Hai anak Adam, kamu tidak adil terhadap-Ku. Aku mengasihimu dengan segala kenikmatan tetapi kamu membenci-Ku dengan berbuat maksiat. Kebajikan kuturunkan kepadamu, namun segala kejahatan naik kepada-Ku. Selamanya malaikat yang mulia datang melapor tentang kamu tiap siang dan malam dengan amal-amalmu yang buruk. Tetapi hai anak Adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu siapa yang disifatkan pasti kamu akan cepat membencinya”(Hadith Qudsi) 

“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.(Surah Zumar: 9) 


SIBUKKAN MENCARI CINTA ALLAH DULU..

Knowledge cannot replace friendship??? u think..

Assalammualaikum gais..aduh dekat setahun tak buka blog..rindu tu ade..sibuk tu ade..malas lagi lah ade..ahhai..
Hmm..dah masuk sem ke3 ni rase mcm bnyk dugaan n ujian..bukan nailah sorg je rase..tp satu kelas kot..yela dh 3 sem..mcm2 gelagat ade..dh boleh hadam..tp x pe kawang2..ingat ayat ni "tidak beriman seseorang tu jika tak diuji".. kan..

Tapi kali ni nailah nak cakap skit bab tajuk utama tu..KNOWLEDGE CANNOT REPLACE FRIENDSHIP??..

Haa..ape korang rase?? Korang tak rase ke ilmu tu lbih pnting drpd kawan2..or kawan tu lebih penting dripda ilmu??..
Bagi nailah la kan kita ni sbgai seorang yg digelar muslim mestilah mempunyai ilmu..dan pada mase yg same mestilah hidup bersosial kan..x kan laa bile dh jdi student u nk duk sorang2, jalan sorang2, tgk movie sorang2..yela forever alone..hhhaa..tp nailah x la kate x de tp klu ikut statistik mgkn skit laa..hhaa lupekan bab statistik..


Itu kisah yg forever alone..tp nailah nk citer kisah yang tak alone laa..bagi nailah, ade kawan yg sgt baik + caring + suke blnje+ bnyak ckp+ tak berperangai tambah lagi bijak itu adalah satu anugerah drpd Allah utk nailah..yela..nailah bukan jenis yg suka memilih kawan sangat..
Tp kan ape yg buat hati nailah rse sedih bile kawan yg Allah dh beri kercerdikan kebijaksanaan pd die dengki plak pd kawan yg lain..ape org panggil tak boleh orang lain lbih skit..bg nailah klau dengki utk bersaing sbb same2 nk pandai tak kisah laa..tp dengki sbb kwan lbih bijak skit dripda die..Ya Allah..x thu laa nk ckp ape..benda remeh mcm ni tak yah la nk dengki smpai si kwan  tu rase Awkward..
Biar usaha same2, berjaya same2..rzeki Allah tu luas..ade mase kita dapat tinggi, ada masa kita dapat rendah..itu rezeki..jd bersyukur lah..dah yang statik mcm nailah ni..hhaa..pun alhamdulillah..kne usaha lbih lgi laa nampaknyerr..

Pesanan sikit ,
"Wahai sahabatku, mungkin ujian sahabat ini membuatkan kamu lemah, rasa kecewa...tapi percayalah, ada sesuatu yang lebih baik Allah nak bagi Untuk mu.. bangkitlah demi diri mu dlm perjuangan ilmu..usah pandang dengkian orang..apa yang penting, keikhlasan dalam hatimu.."

Ok..cukuplah cerita tuk kali ni..hehe..smoga bertemu lg..ceh bertemu..wallahua'lam..